.


.

Thursday, February 7, 2013

[Waktu Terhenti]

Bismillah.

6 January 2013
5 February 2013

Boleh dikatakan jarak waktu lebih kurang 1 bulan. Pada 6 January, kawan rapat aku kehilangan ayahnya. Sakan mereka yang terletak lebih kurang 15min(kalau jalan kaki) dari rumah aku, menggerakkan aku untuk terus pergi ke sana, tanpa memikirkan imtihan nihaie yang pada masa itu, lagi 3 hari.

Sahabatku sangat kuat. Dia masih mampu tersenyum walaupun ditimpa dengan dugaan sebegitu.

Masih teringat saat aku memeluknya buat kali pertama selepas solat isya malam itu, aku bisik, "awak kena kuat sebab kita sayang awak." waktu itu dah tak boleh tahan air mata. Terjatuh air mata aku. Terasa yang aku pula yang tak kuat.

Kalau ayah aku yang meninggal, aku rasa, aku tak akan sekuat dia. Mungkin aku tak mampu untuk menahan kesedihan. Ya Allah, tidak kau berikan ujian jika hambuMu ini tidak mampu. Dia mampu, sebab itu dia diberi ujian. Aku tak mampu, aku tahu ya Allah.

Mungkin sokongan orang disekeliling membuatkan dia ceria. Walaupun aku tahu, aku yang paling sikit memberi sokongan, aku tetap gembira melihat dia seperti biasa.

2 hari lepas, aku bersyukur aku add sahabat aku ni sebagai close friend yang membolehkan aku untuk dapat notification apabila dia update sesuatu. Ada dalam 4 orang aku letak as close friends (anda mungkin orangnya ;D) dan salah satunya adalah dia.

Statusnya membuatkan aku tak sedap hati. Tergerak hati untuk baca, rupanya, sahabat aku sejak 2005 sehingga sekarang, kami sangatlah rapat, dia baru sahaja kehilangan ibu dia. Ye, aku tahu, ibunya sakit sejak aku kenal keluarga mereka. Tak ku sangka ini akan terjadi. Aku rasa sedih sebab tak dapat peluk dia dan kata, "awak kuat...or "kita sayang awak" sebab dia jauh. aku nak peluk, tapi dia di selatan luar Malaysia.

Mereka sangat tabah ya Allah. Ujian yang aku terima sangatlah sedikit berbanding dengan ujian mereka. Moga mereka terus kuat!

Monday, February 4, 2013

Perlukah?

Bismillah.

Apa perasaan bila orang yang kita nak masuk syurga dengan, tak menunjukkan minat dia nak masuk syurga? sedih. aku sedih.

Aku sayang kau, kau sahabat aku. Aku dah janji kat Allah nak masuk syurga sama-sama dengan kau. Kenapa kau macam takde usaha nak masuk syurga dengan aku?

Aku sedar, usaha aku nak menarik kau sangatlah sikit. Salah aku. Tapi kau jauh. Jauh dalam hati, dan juga jauh di mata.

Tak tahu nak buat apa. Takde orang yang boleh ku harapkan lagi.

Buntu.

Sahabat, cinta itu milik Allah. Jika kita lakukan sesuatu yang kita anggap cinta tapi pada masa yang sama perkara itu Allah murka, itu bukan cinta.

Aku cinta kau kerana Allah kah? Kenapa semakin aku dekat dengan Allah, semakin aku menjauhi mu.
Aku nak masuk syurga sama-sama. Aku taknak tengok kau kena bakar dan aku juga tak nak kau salahkan aku sebab tak pernah cuba tolong kau.

Allah, hamba mu ini lemah. Aku harap ini bukan pengakhiran. Aku belum gagal.


Wednesday, January 30, 2013

Menjadi diriku

Bimilillah. dah lama tak upate blog. Inspirasi nak untuk update? Lepas daurah 3 hari 2 malam.
Dah lama aku sedar, yang aku boleh sumbangkan penulisan aku kepada DnT.

Tapi aku sedang mencari diri yang serious tak tipu, selepas hari demi hari, aku semakin menjadi aisyah yang baru dan lupa siapa aku yang semalam..kadang-kadang, apa yang aku cakap hari ini, esok aku akan ubah perkataan aku. Kalau diri sendiri yang confuse dan pening takpe..ni sampai orang lain pun confuse. heh.

Sebenarnya ada orang tulis kat blog dia, describe seorang-seorang classmate dia di INTEC. Aku lah salah seorang dari classmate tu.

"Singaporean/Malaysian. Ye, dia mempunyai dua kewarganegaraan. Dia juga bekas pelajar SM Hidayah JB. Seorang yang agak talkative dan sangat rajin membaca. Dia lah selalunya menjadi peantara antara akhwat dan kami. Sifat dia yang berani bersuara dan mengeluarkan pendapat membuatkan aku tabik padanya. Dia juga menjaga hubungan dengan lelaki dan hanya akan bergaul jika ada perkara penting dan kenapa dia sebab dia berani. Ini baru betul wanita berbicara apabila diperlukan dan bukannya diam membisu . Banyak juga post dia memberi ilmu baru dan peringatan. Aku sangat menghormati segala pendapat yang dikeluarkan olehnya sebab tiada sebab untuk aku menolak. Semoga kamu terus cemerlang."

Bila baca apa yang tulis, ni reaksi aku-> :O
Ternganga besar. haha. Sebabnya kalau orang yang kenal aku, yang pernah hidup dengan aku, akan rasa itu bukan aisyah. Tapi pandangan orang kan, terima je lah. Sebab bila kita terima pandangan orang lain, kita boleh muhasabah balik. Repair mana yang  patut. Gaya dia describe serious rasa macam orang lain. Mungkin juga aku berubah tanpa aku sedar. Aisyah di sekolah, di INTEC dan Aisyah di Jordan adalah sangat lain. Mungkin by times, aku akan terus berubah 180o. tak mustahil, saya harap saya bersedia untuk berubah saya juga harap orang lain juga bersedia untuk menerima aku.

Aku harap dengan perubahan aku, aku mampu untuk menyumbang kepada dNt. Aku harap dengan kelebihan aku sekarang, aku mampu untuk menyumbang jua. Walaupun aku hidup dengan segala kekurangan aku yang melebihi kelebihan aku.

-Aisyahh-

Saturday, October 27, 2012

bangkit semula

Bismilillah.

Terketar-ketar tangan nak tulis ni. Rasa kaku pun ada. Walaupun tak sebeberapa, tapi hopefully blog ini boleh jadi medan untuk aku berdakwah.

Teringat kisah burung pipit yang mengambil air dengan paruhnya yang kecil untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Apabila ditanya, "Mengapa kamu bersungguh-sungguh berbuat demikian walhal kamu tahu yang api itu takkan terpadam?"

Burung itu menjawab, "Kerana jika aku ditanya di akhirat nanti tentang apa yang telah lakukan untuk membantu agama Allah, aku sudah terlepas dari diazab api neraka"

Begitulah juga dengan kami! Apa yang telah dilakukan oleh kami untuk agama Allah, Islam? Adakah kita seperti penonton tak berbayar di tepi jalan? atau pengkritik? yang gheti nak kritik dan mengomen sahaja..tapi tak reti nak ubah.

So, memandang aku tak nak jadi penonton tak berbayar. Aku nak jadi si burung kecil itu. So, aku taknak malas2. I will start again, yeah.

Friday, September 14, 2012

Aisyah Yarmouk


Bismillahirahmanirrahim

Finally in Jordan. It has been a tiring journey the past 3 months of preparation in intec. I never thought I made it herem but I did, alhamdulillah :D

So, dah 5 hari kat Jordan, the place is...quite indescribable feeling. It was not what I imagine, but it was what I expected. actually it is better than I thought. haha. Okay, so Jordan is not as luxurious as UK or US..but it was better then all those rich country. Its a country that reminds you of the history, reminds you about being 'zuhud', and also reminds you of Allah, you can feel so close to Him.

Well the journey to Jordan itself is hard but the journey after reacing here is harder.

Its not easy leaving your family, friends, the all the things that you love in Malaysia. Its also not easy for them to say goodbye to me and let me go. I'm sorry for leacing you guys, I'm sorry.

I never planned for this journey. I never planned on going to Jordan. (ok, maybe I did applied for it) but it was actually a terburu-buru plan. I just click on Jordan without thinking much. But now I knew, it is not me who chose Jordan but Jordan is the one who chose me. I can feel it when I saw it for the 1st time from the plane. I was such a calming feeling and I feel happy. Its the first time I felt happy about Jordan.

-Aisyahh-

Sunday, June 10, 2012

Jalan Dakwah?

Bismillahirrahmanirrahim

Jalan dakwah? Yes, aku tahu aku perlu berdakwah kepada orang lain....lagi-lagi housemates aku. Ajak dorang solat ke, baca mathurat ke, tilawah ke, huu, aku nak sangat buat benda-benda macam tu..tapi aku masih tak kuat.

Hati ini masih rasa tak layak untuk berdakwah kepada orang lain. Aku hanya mampu mendoakan mereka sahaja. Tapi dalam hati, aku sangat tertekan dengan perasaan guilty, guilty sangat-sangat tak buat apa-apa...solat subuh dorang..ya Allah..kadang-kadang lambat sangat..aku tak tahu nak buat apa..aku sedih, aku rindu biah di Hidayah.

Doakanlah aku. Doakan aku mempunyai kekuataan untuk menegur sambil membimbing mereka ke arah Islam yang sebenar.

-Aisyahh-

Wednesday, May 30, 2012

Intec

Bismillah

Memang panjang berjela-jela kalau nak tulis semuaaa benda yang terjadi kat intec ni dari awal..haha. Tapi cuba untuk summarykan.

Hari 1st datang memang takde masa nak homesick2...banyak benda kena settle..dah masuk hari Ahad, (cuti), terus rasa homesick gilaaa. Maybe rasa macam takkan balik rumah lagi kot..padahal boleh je cari hari nak balik rumah, haha.

Kat Intec ni, memang tak berapa nak best, hahaaa. Awal-awal memang macam tu, nanti dah lama-lama rindu pulak ;P

Tapi serious, rindu sangat-sangat kat kawan sekolah, rasa macam kat mana-mana nampak muka dorang..wuu, rasa macam kalau boleh ulang masa, nak ulang bila waktu SPM dulu dan pause kat situ selama-lamanya. Bila saat kertas pqs tu, 1 minit sebelum exam tamat.

Tapi hidup tak macam gitu, hidup perlu diteruskan. Kita akan terus bergerak sampai tamat tempoh hidup kita yang kita tak tahu bila.

So, aku akan terus bergerak sampai akhir...aku akan cuba untuk menjadi kuat. Juga mengharapkan doa dari orang-orang yang membaca ini..doakanlah aku. Aku akan ada sikit kekuatan apabila tahu ada orang sokong aku :)

-Aisyahh-

*Footnote(ceh): Sekarang aisyah busy sangat2 dengan kelas dan segala macam program..susah nak online..internet pun belum daftar lagi..ngehe..