Assalamualaikum
Dulu, 14/01/2011, tarikh yang paling dibenci olehku..sekarang tulah yang paling best dalam hidupku.
Tarikh aku masuk asrama. Memang tarikh paling annoyinglah katakan..pasal aku memang sedih time tu.
Awal-awal nak masuk lambat tapi kerana petang tu ada meeting perbarisan..and aku nk masuk perbarisan, tu yang terpaksa masuk asrama awal. Memang kekok habis ah time tu..da lah masuk tetibe..pastu tak tak bagitau sape-sape..da masuk dorm tu, bukan nak tegur sape-sape pun. Mesti semua junior pikir aku kakak sombong..haha
Memang minggu pertama kat asrama tu..ok, tipu..bulan yang pertama kat asrama tu, rasa macam nak nangis je..rasa macam nak tetibe naik bus balik rumah je. Tapi cuba tabahkan diri, cuba jadi matang, cuba pikir, "aku ni dah form 5, tak kan nak jadi macam budak kecik pulak."
Dah lama-lama, dah biasa. Dah tak rasa macam nak nangis lagi. Dah tabah.
Segala yang terjadi time di asrama semuanya kenangan, walaupun kenangan pahit rasanya lagi banyak, tapi kopi yang pahit pun boleh dimaniskan dengan gula :)
Sekarang ni rasa macam nak nangis pulak. :') Life is not the same as it is when you're in asrama. Kat sini, dah takde orang nak kejut qiam, dah takde orang nak ajak pegi makan, dah takde cop-cop nak basuh baju, mandi, iron baju semua.
Dah takde orang nak aturkan hidup lagi. Semua kena fikir sendiri. Rindu segala-galanya. huu, nak buat macam mana, life must go on!
Kenangan yang tercipta tidak boleh diulangi, tapi kita masih boleh doa yang pada masa hadapan, kita akan dapat kenangan yang lebih indah :))
No comments:
Post a Comment