.


.

Sunday, February 26, 2012

Dunia di tangan dan Akhirat di Hati

Assalamualaikum

Nak ceritakan kat sini, Ada dua orang budak, bermain kat playground. Seorang budak ini..sukaa sangat dengan playground. Time mak dia panggil balik rumah je, dia mesti meronta-ronta taknak balik. Yang lagi seorang itu, kalau mak dia panggil balik, dia akan akur kerana dia takdelah obsessed sangat dengan playground tu macam kawan dia.

Nak cakap kat sini, palyground itu diibaratkan sebagai dunia. Dunia yang manusia duduk sekarang dan dunia yang sebahagian banyak umat pada akhir zaman ini cinta sangat-sangat.

Roh kita pulak macam dua orang budak ini. Yang sayang sangat kat playground itu, samalah macam orang yang cintakan dunia. Apabila tiba waktu hendak pulang ke Tuhannya, iaitu kematian, roh yang cintakan dunia akan enggan pulang dan ini membuatkan orang yang nazak itu susah untuk kembali ke rahmatullah.

Orang yang letakkan dunia di tangannya dan akhirat di hati, akan berasa mudah untuk melepaskan nafas yang terakhir kerana rohnya redha dengan kematiannya. Anology yang agak terbelit tapi betul.

HARAM UNTUK SESEORANG ITU CINTA DUNIA. So, kalau dah haram? :) pikir-pikirkan lah ye. Aku pun rasa kadang-kadang aku lebihkan dunia dari akhirat. tapi aku tulis ini untuk peringatan untuk diri sendiri dan orang lain yang baca :D

till then,
-Aisyahh-

No comments:

Post a Comment