.


.

Wednesday, March 7, 2012

Berubah

Assalamualaikum

"Allah tidak akan mengubah nasib sesebuah kaum melainkan kaum itu mengubah sendiri nasib mereka"


Hua. Setiap kali dengan atau baca ayat itu, mesti tersentap. Betullah macam gitu. Kadang-kadang kita mengharapkan yang Allah memberi kita rezeki lebih dari orang lain tapi diri kita sendiri tak nak berusaha.

Kerana itulah juga, Islam yang sudah berabad-abad jatuh ini, susah hendak naik semula. Semuanya kerana diri kita sendiri. Diri sendiri tidak ada keinginan hendak berubah. Cuba bayangkan, kalau semua orang muda di Malaysia ini mempunyai kesedaran tentang kejatuhan Islam, mesti dorang bersemangat untuk menuntut ilmu dan memperjuangkan nama Islam.

Tapi sedih kerana manusia ingin mengubah orang lain, tapi diri sendiri tidak mahu berubah. Manusia susah untuk menerima perubahan.

Tak susah, berubahlah sikit-sikit. Ya, kalau kita cakap memang senang, tapi hakikatnya, susah untuk kita berubah walaupun sedikit.

Macam diri ini, hua. Dah lama set dalam otak, "Okay, Aisyah, jom jadi lebih baik dari semalam" tapi cakap je. Nak buatnya, hua.

Doakan diri aku ini dapat jad lebih baik dari semalam, walaupun ada banyak halangan. hua.

till then,
Aisyahh

No comments:

Post a Comment