.


.

Monday, March 12, 2012

Kematian.

Assalamualaikum

huaa, aku baru saja tengok cerita "Lovely Bones". Cerita ini pasal seorang budak perempuan kena bunuh. Dia melihat dari "dunia selepas" (aka: afterlife) macam mana family dia cope dengan kematian dia, dia juga lihat pembunuh dia.

Cerita ini sah-sah salah dengan konsep kematian yang sebenar. Kita tak pasti masuk syurga lepas kehidupan dan orang kafir tak masuk syurga..sah-sah watak utama cerita ini orang kafir kan.

Yang buat cerita ini sedih sebenarnya ialah, dia membuatkan aku fikir.

Kematian.
Kita tak boleh pilih bila kita mati, kita tak boleh choose macamana kita mati. Itu semua rahsia Allah kepada makhlukNya. Tapi yang pasti, kematian itu sangat dekat. Bila-bila masa saja Allah boleh tarik nyawa kita.

Lagi satu yang buat aku sedih pasal cerita ini pula, aku terfikir bagaimana perasaan ibu bapa yang anaknya mati dibunuh. Kalau aku mati dibunuh...apa yang Ummi dengan Abi aku buat? dorang akan menangis kesedihan, kan?

"ya Allah, jika Kau matikan aku, matikanlah aku dalam keadaan yang mulia"

-Aisyahh

No comments:

Post a Comment