Result PMR lagi beberapa jam sahaja. Saya rasa mesti semua pelajar tingkatan 3 khususnya mesti rasa takut, gementar, risau, menyesal dan bermacam-macam lagi. Pada saya, perkara itu perkara yang biasa, well, saya da lalui saat-saat genting itu.
Ingat lagi, masa zaman aku ambil result pmr, pagi itu, semua orang siap-siap nak pergi Melaka kerana nak jumpa dengan Pak cik aku yang datang dari German dengan keluarganya. Parents aku ingatkan tak boleh ambil result hari tu kerana sekolah aku masa tu pelik tau, ahaha. Tetiba je, time da nak bertolak, sekolah telepon, katanya boleh ambil keputusan pmr pagi tu. Cuak nak pengsan masa tu, tak bersedia langsung. Malam tu da bazirkan air mata kerana takut tak dapat banggakan orang lain dan diri sendiri.
Masa on the way nak pergi ke sekolah, aku diam aje-takut. Apabila dah sampai sekolah, ayah aku yang pergi pejabat. Aku tunggu di luar. Time dia keluar, tak sempat aku nak tengok slip keputusan tu, terus dia dah cakap kuat-kuat. Masa aku tengok slip tu, bukanlah result yang sangat baik, tetapi tu merupakan yang paling terbaik yang pernah aku dapat. Aku redha masa tu, dah tak rasa apa-apa pun. Semua orang di sekeliling, semua da main puji-puji dah. Aku tak faham kenapa dorang buat macam itu. Result biasa-biasa je pun dah main peluk-peluk ke?
-------------
Hari ini, giliran adik aku pula bernervous-nervousan. Aku jadi tukang kacau dan tukang gelakkan, huu, jahat sangat.Lepas solat Ishak, adikku cakap kat ayahku,
"Abi, kalau keenah dapat MRSM ke tak lagi bagus?"
Ayah aku jawab,
"Apa-apa pun okay jugak."
"Tapi, keenah taknak dapat selain dari 9A"
Aku pun menyampuk, "Keenah kena redhalah, bukan keenah yang tentukan pun"
Ayah aku pun start dia punya tazkirah free, dia cakap, Semua yang kita lakukan, kita tak boleh control. Semua Allah yang control. Kalau kita tak redha, kita tak kan puas hati dengan result kita. Kalau kita dapat result bagus, nanti kita cakap kita yang dapat hasil tu kerana kita yang usaha, kita yan kuat, kita yang pandai..etc. Kalau kita gagal pula, kita akan kecewa, salahkan diri sendiri, kutuk diri sendiri dan sebagainya. tu lah pasal redha sangar penting masa saat-saat genting. Orang yang tak redha, tak akan bahagia. dan yang paling penting redha Allah paling penting. Kalau Allah tak redha, tak aman hidup"
Ada banyak lagi, tapi sudah dishortformkan dan diubah-ubah oleh aku kerana tak dapat catch sangat apa yang dia cakap. hehe. So, conclusionnya, redha itu penting tapi redha Allah yang paling penting. Dan walaupun dapat result yang tak berapa baik, kita still akan happy kerana kita redha dan insyaAllah, ada hikmah disebalik kegagalan itu.
Macam aku, walaupun dapat result yang biasa-biasa je, tapi disebalik result itu, aku dapat sesuatu yang sangat manis, aku dibelanja makan sate malam tu..ehehe <3
Dapat masuk smih, dapat rasa kebahagiaan sementara di sana. itu adalah hadiah yang paling terbaik untukku. Thank you Allah <3
No comments:
Post a Comment