.


.

Thursday, January 5, 2012

"Jumpa Di Syurga"

Assalamualaikum,

Jumpe Di Syurga

Ucapan ini mungkin ramai yang pernah dengar, mungkin yang jarang dengar. Selalunya digunakan apabila hendak berpisah. Time hendak berhenti menjadi seorang yang bergelar "pelajar sekolah", aku sering dengar kata-kata ini dari teman-teman dan sahabat. Mula-mula time dengar, tak rasa apa-apa, rase normal je, yelah, memang orang akan cakap macam gitukan..

Rupa-rupanya, sekarang baru aku tahu maksud sebenarnya, agak lambat. Itu digunakan kalau kita akan berpisah selama-lamanya kan? Jika kita tak jumpa di dunia, kita akan berjumpa di Syurga, bukan?

Tapi, kalau, andai, sekiranya, salah satu dari kami tercicir bagaimana? bagaimana apabila sampai di pintu syurga nanti, ada yang tercicir ke neraka? nauzubillah. Baru cakap macam begini da buat aku hendak menangis. Aku tidak mahu tercicir, aku tidak sesiapa pun tercicir. Boleh ke kita tinggal di syurga dengan aman damai jika rakan-rakan kita sedang terseksa di api neraka? Aku masih mahu berjumpa dengan kamu semua <3

"Ya, Allah, Engkau perliharalah kami semua dari azab api neraka. Berikanlah kami yang lemah ini petunjuk ke syurgaMu, Ya Allah"

No comments:

Post a Comment