Assalamualaikum
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.
21/3 Tarikh keramat sudah pun berlalu macam angin...nak tunggu ketibaan dia macam berzaman tunggu, tapi sekejap je berlalu.
Sudah pun aku perolehi keputusanku. Cerita sikit..macam begini.
Datang sekolah tepat pukul 10, takut sangat. Lepas datang, ambil sijil2, terus pegi musollah nak solat dhuha+hajat. Dorang dah habis solat dah masa tu...aku terlambat. ya Allah, sebelum solat dan lepas solat tu, time jumpa kawan-kawan...rasa tenang..rasa macam gembira sangat sampai terlupa pasal result jap.
Memang tunggu lambat sangat masa tu. 2 jam. Yang bestnya, Ummi ada sebelah aku sepanjang masa...memang lekat je dengan dia..taknak pegi mana-mana..rasa bersyukur sangat-sangat ada support...orang lain ramai yang parents tak datang...rasa bersyukur sikit.
Lepas ustazah masuk, ustazah cakap, "Tahun ini 11 orang mendapat straight As"
Time itu, serious, dah putus harapan, dah redha dah. Kalau ikutkan ranking time trial aku orang yang ke-19. Memang kalau ikut Logic-memang takde nama aku kat situ. Tapi time Ustazah pancarkan LCD untuk tunjuk siapa yang straight As, terus nampak....
10. Aisyah Nasyeethah
Memang dah tak tahu nak cakap apa. Terus peluk Ummi kuat-kuat. Tak sempat air mata nak turun, dah kena amek slip kat depan. Memang tak sempat nak berbual panjang dengan orang lain masa tu. amek slip, saksikan orang lain yang cemerlang ambil slip pastu sign nama atas kertas tu..terus balik. Niat dalam hati memang taknak bertembung dengan sape-sape. ya Allah, hati ini sangat rapuh, takut riak apabila ada sesiapa tanya result.
Bila tengok-tengok balk..memang aku beruntung dengan result ini. Ramai lagi yang sepatutnya dapat, tapi tak dapat. Ada orang usaha dia lebih sangat-sangat, selalu belajar, qiam, doa. Aku?
Aku selalu tido dalam kelas, tido time tengah prep, qiam pun kadang-kadang tak mantap nah...aku tak nak mempersoalkan takdir Allah. Mungkin ada sebab mereka dapat begitu, ada sebab aku dapat begini. yang tentukan itu Allah. Aku insan yang lemah yang terpilih. Memang tak pernah dapat straight As..memang tak penah diri satu barisan dengan budak straight As yang lain. Ada yang lagi layak dari aku sejujurnya.
Tetapi mungkin itu ujian untuk mereka, dah rezeki untuk aku. Apa-apa pun debaran sudah berhenti, sekarang focus ke arah yang lebih luas. Ke arah masa depan.
Tengah berchatting dengan seorang sahabat, tetibe dia cakap,
"Aisyahh, nanti kita jumpa lagi eh sebelum awak fly!"
Sejujurnya, aku terpikir..."aku ada plan nak pegi mana2 ke?" Rupa-rupanya yang dia maksudnya, fly pegi sambung belajar kat overseas.
Masa depanku masih dalam persoalan...tak semestinya result straight As, ada rezeki nak pegi overseas...dan kemungkinan besar aku duduk sahaja di Malaysia sini...walaupun melihat satu dunia adalah impian terbesarku...apa nak buat, parents aku masih tidak izinkan untuk ke luar negara.
Aku redha, tak berapa nak kisah. Takpelah mungkin nanti bila dah kahwin ke, boleh pergi luar negara, hikhik.
My future is in Allah's hand. I dont decide it, no one decide it for me. Allah is the one who decide our future :D
-Aisyahh
ini mungkin ujian untuk mereka yang tidak berjaya mendapat 11A's tetapi ini ' juga ' ujian untuk enti yg telah berjaya mendapat 11A's . Teruskan beramal seperti apa yg enti buat ketika musim SPM dulu . Selamat beramal !
ReplyDeletesyukran atas nasihat tu... :))
ReplyDelete