.


.

Monday, March 19, 2012

Tawakkal

Assalamualaikum

Esok. Esokk. Esokkk.

Mungkin tarikh yang bersejarah bagiku. Mungkin ia mengubah masa depanku..tapi semua sudah tertulis..masa depanku, takdirku..semuanya sudah tertulis. Tinggal redha je dengan segala keputusan yang bakal diterima.

Esok...bermulalah kehidupan baru..bermulalah berfikiran matang untuk masa depan. Bermulalah rasa nikmatnya tak tidur masa zaman SPM, nikmatnya bertahajud, nikmatnya, setiap air mata apabila memohon pertolongan Allah untuk keputusan yang terbaik dan lagi satu....nikmatnya tersenyum pahit apabila dapat result yang tak berapa cemerlang tapi yakin itulah yang terbaik daripada Allah. Nikmatnya telan semua sekali esok.

Aku tak mengharapkan keputusan 11A++, kerana muhasabah balik diri....diriku ini tidak pernah berusaha matian-matian untuk SPM, tidak pernah beribadah bermatian-matian...diriku sangat lemah...segala yang aku lakukan tidak cukup..apa yang aku laburkan untuk sekolah juga tidak cukup...aku masih mengharapkan keputusan yang dapat melaburkan sikit nama buat sekolah, melaburkan ketenangan di jiwa Ummi dan Abi...melaburkan kebahagiaan guru-guruku....yang paling aku harapkan ialah, ia menambahkan dalam keimanan ku kepada Allah...result yang cemerlang tiada makna jika ia menjauhkan diriku dari Allah. Lebih baik result yang tak cemerlang dan semakin dekat dengan Allah kalau macam gitu.

Sedikit reflection sekarang..
Kerana SPM ini wujudlah, aku mempunyai kesedaran untuk belajar kerana masa depan di akhirat dan di dunia...kerana SPM ini jugalah, aku belajar untuk menuntur ilmu kerana Allah. Banyak perkara lagi yang aku belajar kerana SPM ini..antaranya

1. Aku belajar untuk hidup bersusah payah di asrama..tiada air, tak cukup makan, masalah dalaman, kesunyian tanpa keluarga, tanpa internet yang pernah menjadi obsessionku. Aku mengorbankan diri kerana hendak focus SPM dan juga untuk memperbaiki diriku...aku sedar aku banyak berjauhan dengan Allah...kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, aku masuk asrama..mungkin sebab ini tak pernah aku bagitau sesiapa...tapi hakikatnya..kerana ingin perbaiki dirilah..aku tak kesah tentang dugaan di dalam asrama.

2. Aku belajar untuk melakukan ibadah2 sunnah yang jarang aku lakukan..Solat Dhuha, Qiam, Solat sunah ba'diah dan qabliah. Baca mathurat, baca Yasin dan surah-surah pilihan. Kalau dulu, nak baca mathurat pun tak lepas lagi...nak baca yasin terasa payah. Solat dhuha mmg hilang entah kemana. Aku rasa aku takkan jadi diriku pada hari ini jika bukan kerana perubahan-perubahan ini. Aku menjadi aku yang lebih tenang pada hari ini. Kalau dulu, diuji sikit je...dah bermasam muka, dah bersedih hati dan sudah tak tahan nak lepaskan marah. Sebenarnya kau tak sedar pun yang aku sudah menjadi tenang sehingga ada satu sahabat pernah berkata kepadaku, "Aisyah, kenapa awak macam takde masalah eh? Asal awak tenang je?" Aku rasa nak gelak masa tu...kerana aku tak sangga aku jadi tenang sebegitu sampai masih mampu ketawa apabila ditimpa ujian..hebatkan kuasa Allah?

3. Aku belajar untuk bersama-sama dengan kawan apabila menyelesaikan masalah pelajaran. Kalau dulu, aku selalu belajar sorang-sorang dengan alasan aku tak biasa belajar bersama-sama dengan orang lain...tapi kerana SPM, aku mampu untuk belajar dengan orang lain.

Itulah sedikit daripadanya...aku bersyukur kepada Allah dengan ujian SPM ini kepadaku...kalau bukan kerana ujian itu..aku tidak akan jadi aku pada hari ini...Jadi, aku hendak jadi redha, aku ingin accept apa sahaja keputusan esok..kerana Allah sudahlah bagi aku hadiahnya...aku sudah makin rapat denganNya. Itu adalah hadiah yang berharga..jika esok keputusan ku cemerlang....itu adalah bonus untukku..jika tidak..tak mengapalah...sudah banyak nikmat telah Allah bagi kepadaku...aku mampu untuk bersyukur...\

-Aisyahh

No comments:

Post a Comment