Hari ini, satu hari dok pikir, pikirr, pikkirr...nak post apa? sampai jadi macam ini @.@
haha, last-last dapat juga idea dari satu website ni..yang nama tajuk articlenya...
"Sindrom ana khairun minhu"
maksudnya dalam bahasa Melayu--> Sindrom saya lebih baik dari awak.
Maksudnya kat sini, ramai pendakwah, atau orang alim kat luar sana kena berjaga-jaga kerana sindrom yang datang asalnya dari syaitan ini boleh menimbulkan perasaan riak dan pandang rendah terhadap golongan yang tidak nampak begitu alim..atau dengan kata lain "perasan diri baik sangat". Kita tak boleh nak berfikiran macam begini kerana mungkin yang sikit amal ibadahnya itu lebih khusyuk dari ibadah kita yang banyak ini. Munkin Allah lebih menerima amalannya lebih dari Allah menerima amalan kita. Kita tak tahu, Allah sahaja yang mampu untuk menilai.
Sebenarnya, aku cukup terasa dengan statement ini kerana...tahun lepas aku pernah dituduh terjebak dalam sindom "ana khairun minhu" T.T
Masa ini stage yang agak sedih untuk aku. Aku ikhlas berkawan, bukan untuk menjatuhkan, aku ikhlas menegur bukan untuk mengatakan aku lebih hebat, aku mengongsikan ilmu-ilmu aku bukan kerana aku nak tunjuk power..aku sekadar ingin membantu kawan-kawan aku dalam pembelajaran.
Selepas peristiwa itu, selepas aku minta maaf. Aku terus diam. setiap kali ada orang tanya soalan atau pertanyaan, aku akan cakap "kita tak tahu lah" atau aku akan diam, diam seolah-olah aku tak wujud kat situ. Aku biarkan mereka berdebat mencari jawapan yang betul.
Ok, ada sikit penipuan kat situ, aku kadang-kadang mencelah juga, tapi apabila keadaan sudah menjadi terlalu annoying untuk diabaikan. Kadang-kadang aku dapat rasa kan, ada juga pihak-pihak yang masih tidak berpuas hati..tapi apakan daya, aku IKHLAS, aku tak hebat, tapi manusia tidak pernah faham.
Aku tak hebat dalam pelajaran, mungkin saja soalan-soalan yang ditanya itu mudah bagiku...tapi aku juga seperti kamu semua, masih ada kekurangan, terlalu banyak kekurangan....jadi, janganlah hukum saya sesuka hati, kerana aku juga mempunyai perasaan. Mungkin aku pendamkan selama ini, mungkin aku bagi manusia-manusia itu pijak kepala aku.
Tapi aku telan semua kepahitan itu kerana aku masih ingin menjaga hati seorang yang aku gelar sahabat seperjuangan.
-Aisyahh
Ps. Post ini agak emo sikit.haha. dah lama pendamkan, dah lama buat bodoh, tapi aku juga nak luahkan keperitan yang memedihkan hati aku ini.
No comments:
Post a Comment