.


.

Thursday, February 7, 2013

[Waktu Terhenti]

Bismillah.

6 January 2013
5 February 2013

Boleh dikatakan jarak waktu lebih kurang 1 bulan. Pada 6 January, kawan rapat aku kehilangan ayahnya. Sakan mereka yang terletak lebih kurang 15min(kalau jalan kaki) dari rumah aku, menggerakkan aku untuk terus pergi ke sana, tanpa memikirkan imtihan nihaie yang pada masa itu, lagi 3 hari.

Sahabatku sangat kuat. Dia masih mampu tersenyum walaupun ditimpa dengan dugaan sebegitu.

Masih teringat saat aku memeluknya buat kali pertama selepas solat isya malam itu, aku bisik, "awak kena kuat sebab kita sayang awak." waktu itu dah tak boleh tahan air mata. Terjatuh air mata aku. Terasa yang aku pula yang tak kuat.

Kalau ayah aku yang meninggal, aku rasa, aku tak akan sekuat dia. Mungkin aku tak mampu untuk menahan kesedihan. Ya Allah, tidak kau berikan ujian jika hambuMu ini tidak mampu. Dia mampu, sebab itu dia diberi ujian. Aku tak mampu, aku tahu ya Allah.

Mungkin sokongan orang disekeliling membuatkan dia ceria. Walaupun aku tahu, aku yang paling sikit memberi sokongan, aku tetap gembira melihat dia seperti biasa.

2 hari lepas, aku bersyukur aku add sahabat aku ni sebagai close friend yang membolehkan aku untuk dapat notification apabila dia update sesuatu. Ada dalam 4 orang aku letak as close friends (anda mungkin orangnya ;D) dan salah satunya adalah dia.

Statusnya membuatkan aku tak sedap hati. Tergerak hati untuk baca, rupanya, sahabat aku sejak 2005 sehingga sekarang, kami sangatlah rapat, dia baru sahaja kehilangan ibu dia. Ye, aku tahu, ibunya sakit sejak aku kenal keluarga mereka. Tak ku sangka ini akan terjadi. Aku rasa sedih sebab tak dapat peluk dia dan kata, "awak kuat...or "kita sayang awak" sebab dia jauh. aku nak peluk, tapi dia di selatan luar Malaysia.

Mereka sangat tabah ya Allah. Ujian yang aku terima sangatlah sedikit berbanding dengan ujian mereka. Moga mereka terus kuat!

1 comment:

  1. aisyah!!!!hebat lah!!moga kite sama2 terus thabat di atas jln ni ye..doakn diriku..

    ReplyDelete