.


.

Monday, February 4, 2013

Perlukah?

Bismillah.

Apa perasaan bila orang yang kita nak masuk syurga dengan, tak menunjukkan minat dia nak masuk syurga? sedih. aku sedih.

Aku sayang kau, kau sahabat aku. Aku dah janji kat Allah nak masuk syurga sama-sama dengan kau. Kenapa kau macam takde usaha nak masuk syurga dengan aku?

Aku sedar, usaha aku nak menarik kau sangatlah sikit. Salah aku. Tapi kau jauh. Jauh dalam hati, dan juga jauh di mata.

Tak tahu nak buat apa. Takde orang yang boleh ku harapkan lagi.

Buntu.

Sahabat, cinta itu milik Allah. Jika kita lakukan sesuatu yang kita anggap cinta tapi pada masa yang sama perkara itu Allah murka, itu bukan cinta.

Aku cinta kau kerana Allah kah? Kenapa semakin aku dekat dengan Allah, semakin aku menjauhi mu.
Aku nak masuk syurga sama-sama. Aku taknak tengok kau kena bakar dan aku juga tak nak kau salahkan aku sebab tak pernah cuba tolong kau.

Allah, hamba mu ini lemah. Aku harap ini bukan pengakhiran. Aku belum gagal.


No comments:

Post a Comment