Dah lama aku sedar, yang aku boleh sumbangkan penulisan aku kepada DnT.
Tapi aku sedang mencari diri yang serious tak tipu, selepas hari demi hari, aku semakin menjadi aisyah yang baru dan lupa siapa aku yang semalam..kadang-kadang, apa yang aku cakap hari ini, esok aku akan ubah perkataan aku. Kalau diri sendiri yang confuse dan pening takpe..ni sampai orang lain pun confuse. heh.
Sebenarnya ada orang tulis kat blog dia, describe seorang-seorang classmate dia di INTEC. Aku lah salah seorang dari classmate tu.
"Singaporean/Malaysian. Ye, dia mempunyai dua kewarganegaraan. Dia juga bekas pelajar SM Hidayah JB. Seorang yang agak talkative dan sangat rajin membaca. Dia lah selalunya menjadi peantara antara akhwat dan kami. Sifat dia yang berani bersuara dan mengeluarkan pendapat membuatkan aku tabik padanya. Dia juga menjaga hubungan dengan lelaki dan hanya akan bergaul jika ada perkara penting dan kenapa dia sebab dia berani. Ini baru betul wanita berbicara apabila diperlukan dan bukannya diam membisu . Banyak juga post dia memberi ilmu baru dan peringatan. Aku sangat menghormati segala pendapat yang dikeluarkan olehnya sebab tiada sebab untuk aku menolak. Semoga kamu terus cemerlang."
Bila baca apa yang tulis, ni reaksi aku-> :O
Ternganga besar. haha. Sebabnya kalau orang yang kenal aku, yang pernah hidup dengan aku, akan rasa itu bukan aisyah. Tapi pandangan orang kan, terima je lah. Sebab bila kita terima pandangan orang lain, kita boleh muhasabah balik. Repair mana yang patut. Gaya dia describe serious rasa macam orang lain. Mungkin juga aku berubah tanpa aku sedar. Aisyah di sekolah, di INTEC dan Aisyah di Jordan adalah sangat lain. Mungkin by times, aku akan terus berubah 180o. tak mustahil, saya harap saya bersedia untuk berubah saya juga harap orang lain juga bersedia untuk menerima aku.
Aku harap dengan perubahan aku, aku mampu untuk menyumbang kepada dNt. Aku harap dengan kelebihan aku sekarang, aku mampu untuk menyumbang jua. Walaupun aku hidup dengan segala kekurangan aku yang melebihi kelebihan aku.
-Aisyahh-
No comments:
Post a Comment