.


.

Saturday, October 27, 2012

bangkit semula

Bismilillah.

Terketar-ketar tangan nak tulis ni. Rasa kaku pun ada. Walaupun tak sebeberapa, tapi hopefully blog ini boleh jadi medan untuk aku berdakwah.

Teringat kisah burung pipit yang mengambil air dengan paruhnya yang kecil untuk memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Apabila ditanya, "Mengapa kamu bersungguh-sungguh berbuat demikian walhal kamu tahu yang api itu takkan terpadam?"

Burung itu menjawab, "Kerana jika aku ditanya di akhirat nanti tentang apa yang telah lakukan untuk membantu agama Allah, aku sudah terlepas dari diazab api neraka"

Begitulah juga dengan kami! Apa yang telah dilakukan oleh kami untuk agama Allah, Islam? Adakah kita seperti penonton tak berbayar di tepi jalan? atau pengkritik? yang gheti nak kritik dan mengomen sahaja..tapi tak reti nak ubah.

So, memandang aku tak nak jadi penonton tak berbayar. Aku nak jadi si burung kecil itu. So, aku taknak malas2. I will start again, yeah.

No comments:

Post a Comment