"You must mature up throughout college. You must be a thousand times wiser of a person than you were when you first started"
Baru sebentar tadi mendapat advice dari seorang hamba Allah ni. Yes, tak lama lagi aku akan pergi ke dunia luar..persiapan semua sudah dilakukan...tinggal pack baju je. HAHA. takdelah semangat nah sebenarnya. 23/5/2012, insyaAllah, insyaAllah aku sudah mula bergerak semula selepas rehat selama 5 bulan. 23/5 nampak macam dah confirm sangat, dah siap buka bank account lagi..tapi mungkin itu bukan destinasiku, mungkin itu bukan jalanku...masih ada satu lagi pilihan..ya Allah mudahan-mudahan itu kali terakhir aku perlu buat pilihan.
Yang penting, kemana pun kita pergi, buatlah yang terbaik...menuntut ilmu lah bersungguh-sungguh, dekatkanlah diri dengan Allah, cari sahabat-sahabat yang baik dan teruskanlah dakwah. :D
Kepada sahabat-sahabat yang belum tahu hendak ke mana selepas ini, janganlah risau, janganlah sedih...semuanya ada hikmah. Penantian satu penyeksaan..tetapi jika kita sabar, insyaAllah kita akan dapat yang terbaik.
Walaupun bertebaran di hujung dunia pun, jom bergerak sama-sama ke syurga Allah. JOM, Batch 13 bestt!
-Aisyahh-
No comments:
Post a Comment