.


.

Sunday, May 20, 2012

USIM/MARA

Bismillahirrahmanirrahim

"Harap maaf. Semakan mendapati permohonan anda tidak berjaya"

Zuupp...memang mula-mula rasa macam tak boleh nak terima kenyataan..astaghfirullah.
Sebenarnya tak ada adalah sedih nah..tapi terkejut.
Diri ini terasa memang cita-cita nak pergi ke luar negara terhalang. Mungkin ada banyak lagi alternative untuk sambung belajar ke luar negara...tapi setelah kena reject demi reject demi reject..rasa macam bukan tak layak untuk sambung ke luar negara...tapi rasa macam tak diizinkan Allah.

Ye, susah nak fikirkan hikmahnya. Tapi mungkin ada. Mungkin juga kerana Ummi dan Abi berat hati nak lepaskan aku ke overseas kot...mungkin. semuanya penuh dengan kemungkinan. Nak tunggu hikmah dia? sabar je lah...nanti kot baru boleh tahu hikmah dia :)

So, sekarang ni...kepada semua orang jangan nak tanya, 'Eh, straight As kan? Asal tak pergi overseas?' Muak lah dengar...kita dah usaha, dah doa, dah minta petunjuk Allah, dan ini result dia, tak payah nak question perancangan Allah.

Tak semestinya budak straightAs pergi overseas, tak semestinya budak tak straight As duduk Malaysia..semuanya bergantung kepada kehendak Allah.

Ok, memandangkan cita-cita overseas kena tangguh, kita capai matlamat kita kat USIM dulu! oh, yeahh, paang niat lagi 5 tahun nak pergi overseas! Sekarang ini matlamat aku, nak menuntut ilmu bersungguh kat USIM, jadi skema....tak tidur dalam kelas <ok, yang ni serious tak janji>, aku nak buat yang the best kat USIM...lantaklah orang cakap tempat tu bosan ke apa...yang penting..hidup kena ada matlamat...menuntut ilmu pun. ^.^

-Aisyahh
ex-smih, bakal usim, dan forever batch 13 :)

1 comment: