.


.

Friday, May 11, 2012

Interview+Hospital

Bismillahirahmanirrahim

Hari ini hari ada dua perkara yang aku laksanakan....
 Interview MARA

Petang itu siap-siap pergi interview...serious, hati nervous sangat..macam nervous nak SPM sejarah<takde kaitan>
Sampai tempat MARA tu pukul 4:10.....dasar skema. Ummi dengan Abi yang cuak sampai dorang yang tersampai awal....tett...

Lepas daftar, jumpa seorang kawan, dia ambil account untuk pergi Australia...memang cara dorang susun waktu2 interview ini ikut course pun. Lepas dah taaruf kejap, sahabat smih datang..Azzah :D sama group.
Pastu Amaq pulak datang tapi dia group lain.
Lepas taaruf-taaruf dengan ahli-ahli group lain, kitorang dipanggil untuk masuk interview.
Memang nervous sangat-sangat.

Time interview..soalan yang kitorang dapat ialah, kalau satu university mengalami masalah ekonomi, bahagian mana yang perlu kita korbankan.

(1) Increase the students fees/No free lab access
(2) Professors (tak ingat dia apa dia perlu korbankan)
(3) Management Board (tak ingat juga =.=)

Kena buat group kecil dan kita kena defend role kita. Aku cepat-cepat dengan seorang rakan cakap students..kerana realitinya memang tak patut naikkan students' fees.
Part best skali, tempat duduk aku paling dekat dengan interviewer...soooo suara aku kuaaat dan orang dengar..wipeee, alhamdulillah..semua hikmah pasal orang pertama daftar :')

Lepas dah discuss, present depan interviewer...terus section soalan-soalan individu.
Aku dapat soalan, 'Why do you choose Finance and not other courses?' Alhamdulillah soalan senang :D
Lepas itu dah habis dah interview :D
*Terima Kasih kepada yang mendoakan, yang memberi kata-kata semangat, ramai rasanya yang cakap good luck dan doakan aku untuk harini :'D may Allah bless all of you.
InsyaAllah, kalau aku berpeluang untuk pergi ke Jordan, aku tidak akan mensia-siakannya. Ya Allah, moga Kau redha.

----------------------------------------------------------------------------------------------
HOSPITAL

Cerita belum habis. Lepas naik kereta nak balik, Ummi cakap, "Jom singgah hospital."
Aku dah macam, "eh? okkay."
Dalam hati, finally, moment yang aku telah menangguh-nangguhkan. Sejujurnya, hati ini tak kuat untuk pergi ke hospital..kalau pergi hospital je, mesti hati penuh dengan perasaan sayu..mungkin kerana itu aku mengelak sebelum ini.

Pastu dah sampai hospital yang sebenarnya dekat je dengan rumah aku. Sampai-sampai, cakap dengan receptionist...terus naik atas. Masuk bilik dia...dia sedang tidur...memang sayu hati ini...terpaksa tengok je..nak pegang tangan..takut dia terbangun...terpaksa tengok je muka dia sambil mendoakan...lepas tu kirim salam dekat mak cik yang ada dalam bilik tu.

Ya Allah, sahabatku terpaksa tangguh waktu untuk pergi sambung belajar kerana kesakitannya. Kita di sini? sibuk dah nak pegi isi borang, test darah, buat bank akaun..bila sahabat kita terpaksa ketinggaln keseorangan..jom sama-sama muhasabah, jangan bazirkan peluang yang kita dapat ini...menuntut ilmu la bersungguh-sungguh.

-Aisyahh

No comments:

Post a Comment