Assalamualaikum
|Hidup Semangat|
kenapa? kerana..
Maksud 'Aisyah'(setelah dikaji lama, ceh): Hidup/orang yang hidup
Maksud 'Nasyeethah': Aktif/Rajin/bertenaga(ceh)/Semangat (pun boleh)
Conclusionnya: Aisyah Nasyeethah = Orang yang hidup secara aktif/rajin/bertenaga/semangat
Pada ketika dulu, saya pernah hidup sebagai seorang mayat hidup (tidak termasuk ketika saya masih kecil kerana ketika itu terlebih gula. Ini ketika mula mengerti apabila sudah matang sikit)
Kenapa mayat hidup? kerana saya hidup tanpa tuju arah, tiada bersemangat untuk melakukan apa-apa. Itulah kehidupan aku ketika tiada matlamat hidup tidak jelas lagi. Aku membiarkan diri aku kaku keseorangan kerana seolah-olah handak menyampaikan, 'aku dah mati, pergi sana jauh-jauh' Nauzubillah.
Itulah hidup tanpa kepergantungan kepada Allah.. Iye, aku memang dilahirkan sebagai seorang muslim, di mana ayah aku seorang guru agama/ustaz. Tetapi, iman tidak boleh diwarisi, hidayah tidak datang bergolek di depan mata.
Atas usaha sendiri dengan bantuan ilmu-ilmu yang dipelajari dan al-quran, aku, alhamdulillah mampu untuk bangkit keluar dari kegelapan. Aku dengan izin Allah, telah merasai nikmatnya hidup apabila di tingkatan tiga.
Walaupun sekarang ini masih tidak sempurna, aku masih berusaha mencari dan mengumpulkan apa yang aku hendak di dunia ini, iaitu bekalan untuk akhirat kelak. Salah satu cara untuk meneruskan kehidupan ialah dengan hidup dengan semangat.
"Semangat, semangat! Hidup kena semangat, kalau tak semangat baik mati!"
Kata-kata Ustazah Zuraidah waktu kelas Bahasa Arab untuk menaikkan semangat pelajar-pelajarnya. Nampak macam lawak, tapi kata-kata yang penuh bermakna.
Walaupun dunia ini sementara sahaja, tak salah kita bergembira sebentar. Hidup perlu keceriaan dengan senyuman, tak payah tension-tension. Kita serious sambil bergembira :) Kalau kita tenang dan bahagia, baru kita boleh beribadah dengan ikhlas kan?
Uhuk..
ReplyDeleteMengimbau kata2 Ustazah zuraidah..
Rindu. Semoga Istiqamah, ya ukhti ^^
insyaAllah..nabila doakan tau :)
ReplyDelete