Assalamualaikummm
Lama kan tak post? huaa...bukan taknak..tapi ada satu post ini masih kat draft..nak tunggu sampai perfect baru post...sambil-sambil mengarang ayat yang terbaik untuk post yang itu...aku tulis post pasal program Qiam Batch13 yang baru saja lepas.
Porgram ini sebenarnya agak tetibe jugak..dan agak cepat ye dorang plan..haha.
Memang dari awal mula program ini sampai penghujungnya..semuanya kenangan yang berharga.
Program start lepas asar..kerana ramai yang lambat sampai. Start-start je kitorang main game sebagai ice breaking. Game yang agak best walaupunkumpulanakukalah..cehs..
Lepas itu sharing pasal R2S2, LKD-Sarawak, LKD-Sabah, PLKN and last skali pasal Mesir.
Huu, memang best dengar cerita dorang pasal keluarga angkatlah, pasal makanan kat sana, suasana kat PLKN, cuaca kat Mesir semua.
Lepas itu semua perkara biasa, solat, makan, tazkirah maghrib oleh Wani :) dan solat Isya'..lepas itu ceramah oleh seorang alumni smih. Ceramah best jugak..mungkin ceramah yang pertama aku tak tido, haha. Aku memang selalu tido waktu ceramah..walaupun best macamane pun...Kali ini je aku tak tido..mungkin ingin menghargai waktu bersama-sama dengan sahabat-sahabat lain .
Tepat pukul 1:15...kumpulan yang hirasah seblum KAMI(aku, yana dengan F.hidayah) kejutkan ktrg. Aku seorang jer yang tersedar..yang lagi dua tido balik..hahah. Aku tengok sekeliling...macam tengah kecoh-kecoh jek...rupa-rupanya...baru sikit orang yang dah tido...ramai lagi yang masih bersembang-sembang..aku membuat keputusan taknak kejut liyana dengan dayah...macam pointless sikit hirasah bila orang lain tak tido lagi..
Aku pun bangun seorang-seorang..main game kat handphone, tunggu pukul 2pg...aku bangun pun kerana menjalankan amanah aku...lepas tu..ingat nak kejut kumpulan lepas tu..tapi....tetibe alarm kuat giga kedengaran dari tempat tido kumpulan tersebut...ok, lepas tahu yang dorang ada pasang alarm..terus aku tido balik..ngehehe..
Pukul 2 lebih..liyana dengan dayah terbangun..membuatkan aku pun terbangun semula....tengok sekeliling...scary...semua orang dah tido...takde orang jage..ktrg membuat keputusan untuk cari turn siapa untuk berjaga malam...tapi semua orang tak bangun bila dikejut.
Last-last ktrg buat keputusan untuk berjaga...biasalah, bila dah bangun tengah-tengah malam, dah bebual-bual..memang confirm sangat akan segar....okay, lepas itu memang hyper tahap mega....sampai solat subuh program habis...memang moment tu sangat best....
Memang lepas habis program, terus dah rindu...rindu yang membuatkan diri menyepi keseorang bila di rumah...rindu semacam...macam...'alaa, nak buat lagii' :(
Takpelah, mabit mungkin dah habis, tapi ukhuwwah masih belum habiskan? Persahabatan ini akan beterusan sampai ke syurga nanti insyaAllah :))
No comments:
Post a Comment